PEJABAT DAERAH KENINGAU PEJABAT DAERAH KENINGAU
KUNJUNGAN HORMAT YB DATUK MOHD ISHAK AYUB AMAN

2026-01-13

13 Jan 2026 Bilik Mesyuarat Matulai Pejabat Daerah Keningau.

YB Datuk Mohd Ishak Datuk Ayub, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri sabah N. 40 Bingkor menghadiri taklimat Pembangunan Daerah keningau. Pegawai Daerah Keningau Tuan Peter J. Moinjil bersama Pegawai Pejabat Daerah Keningau memberi pencerahan berkaitan pembangunan, bencana, Program program kerajaan dan banyak lagi kepada YB Dato' dan kakitangan Pejabat Wakil Rakyat N40 Bingkor. Dengan adanya taklimat seperti ini akan mengeratkan hubungan kerjasama pihak Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Wakil Rakyat demi pembangunan serta pembangunan modal insan.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FAMA FEST 2025 @SABAH

2025-08-29

Majlis Perasmian Program FAMA Fest 2025 @Sabah yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Tuan Peter Jonu Mounjil, Pegawai Daerah Keningau, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), dan YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah & W. P. Labuan.

JELAJAH RMK13 : JALINAN BORNEO DI DAERAH KENINGAU

2025-08-17

TEMPAT : DATARAN KENINGAU
TARIKH : 17HB OGOS 2025
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026 - 2030) - MELAKAR SEMULA PEMBANGUNAN

SAMBUTAN HARI SABAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2025

2025-08-09

ambutan Hari Sabah Peringkat Daerah Keningau pada 9 Ogos 2025 di Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Sabah.
Acara turut merangkumi Perasmian Gerai Harian & Tamu KPD serta penyerahan bantuan pembiayaan Program Peningkatan Pendapatan Nelayan & Usahawan Perikanan (Ko-Nelayan) Wilayah Pedalaman

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) - KENINGAU 2025

2025-08-09

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) ketika ini di lokasi Dewan Pisompuruan Kampung Merampong dan seterusnya ke Dewan Terbuka Pekan Apin-Apin untuk acara Kempen Kibar Jalur Gemilang bersama Komuniti Madani Kampung Merampong dan Kampung Ritting.
Konvoi dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Jainisah Mohd Noor; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Junior Fred Vincen; Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil dan para konvoi.

MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2025

2025-05-11