2025-09-04
SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah kali ke-62 akan berlangsung di Padang Merdeka pada 16 September depan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, Hari Malaysia mempunyai makna yang sangat istimewa buat semua rakyat Malaysia. Katanya, Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai kepentingan sejarah yang besar dalam pembentukan Malaysia. “Penganjuran acara ini merupakan satu penghormatan bermakna terhadap sejarah dan aspirasi bersama semua rakyat Malaysia. “Ia bukan sekadar hari untuk memperingati penubuhan negara tercinta kita, tetapi juga satu detik untuk kita merenung semula nilai perpaduan, kepelbagaian, dan keharmonian yang menjadi teras kepada Malaysia,” katanya.





.png)





