img

PERUTUSAN

img

PEGAWAI DAERAH KENINGAU

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera"

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya tahun 2020 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Di kesempatan saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua warga Pejabat Daerah Keningau (PDKGU) atas komitmen, kesungguhan, dan kerja keras berpasukan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2020.

Tahun 2021 tentunya akan memberi satu lagi cabaran baru kepada seluruh warga PDKGU dalam menangani virus pandemik Covid-19 ini. Sebagai sebuah organisasi yang berperanan sebagai penghubung dan penyambung lidah kerajaan yang positif kepada masyarakat luar khususnya Daerah Keningau, saya mengalu-alukan kepada semua warga Keningau untuk sama-sama membantu Daerah ini dalam membangunkan daerah ini ke arah daerah yang maju bukan sahaja dari segi pembangunan malah sosio-ekonomi turut sama meningkat dan berdaya saing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PEJABAT DAERAH KENINGAU kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web www.https://pdkeningau.sabah.gov.my/ selaras dengan maklumat terkini. Pejabat Daerah Keningau sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya. Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan pentadbiran, pembangunan, program-program daerah dan info terkini berkenaan daerah Keningau agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.

Selaku PEGAWAI DAERAH KENINGAU, saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Portal Rasmi "PEJABAT DAERAH KENINGAU”.

“ The Hinterland Gem of North Borneo “

Sekian, salam hormat

HASSAN BIN MAHALI