DIARI PDKGU 2026
KUNJUNGAN HORMAT YB DATUK NIK MOHD NADZRI BIN NIK ZAWAWI
Kunjungan hormat serta sesi suaikenal di antara YB Datuk Nik Mohd Nadzri Bin Nik Zawawi, ADUN N.41 Liawan serta rombongan ke Pejabat daerah Keningau. Dalam sesi kunjungan ini, banyak perkara yang telah dibincangkan bagi memastikan permasalahan kawasan DUN Liawan dapat diatasi serta beberapa penambahbaikan telah dikemukakan untuk tindakan bersama dengan kadar segera.
KUNJUNGAN HORMAT YB DATUK MOHD ISHAK AYUB AMAN
13 Jan 2026 Bilik Mesyuarat Matulai Pejabat Daerah Keningau.
YB Datuk Mohd Ishak Datuk Ayub, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri sabah N. 40 Bingkor menghadiri taklimat Pembangunan Daerah keningau. Pegawai Daerah Keningau Tuan Peter J. Moinjil bersama Pegawai Pejabat Daerah Keningau memberi pencerahan berkaitan pembangunan, bencana, Program program kerajaan dan banyak lagi kepada YB Dato' dan kakitangan Pejabat Wakil Rakyat N40 Bingkor. Dengan adanya taklimat seperti ini akan mengeratkan hubungan kerjasama pihak Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Wakil Rakyat demi pembangunan serta pembangunan modal insan.
PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH KALI KE-29
Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Kali Ke-29 Tahun 2026 telah diadakan selama dua hari, pada 17 hingga 18 Ogos 2026, bertempat di Hotel Perkasa Keningau.
Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Persidangan anjuran KPLB Sabah ini menjadi platform penting bagi menghimpunkan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran daerah, pembangunan luar bandar serta memperkukuh penyelarasan pelaksanaan agenda pembangunan kerajaan di peringkat daerah. Persidangan ini turut memberi ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta perbincangan strategik dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.


